Abah Memantau Para Muridnya Secara Rohani
( Bergambar : Almarhum Ustaz Osman Md Lutfi ditengah-tengah, Hj Yahya di kirinya, Hj Said di kanannya )
Kisah ini saya perolehi dari Tuan Hj Yahya Hanafiah dan di sahkan oleh Ustaz Saifuddin Maulup -wakil Abah dari Negeri Sembilan.
Kisah ini berkait dengan kisah Almarhum Ustaz Osman Mohd Lutfi yang kini
telah pulang kerahmatullah. Pada awal-awal waktu selepas Ustaz Osman
Mohd Lutfi di lantik menjadi wakil Abah bagi kawasan semenanjung
Malaysia, pernah terjadi satu kisah yang benar-benar menunjukkan karomah
Abah sebagai guru yang sentiasa memantau gerak geri para muridnya.Ustaz
Osman mendapat rekomendasi dari Almukaram Ustaz Hj Ali ( wakil Abah di
Singapura ) untuk menjadi wakil Abah di Malaysia, dan diterima oleh
Abah.
Ustaz Osman kerana semangatnya yang kuat untuk membebaskan Patani dari
cengkaman Thai, beliau pernah menganggotai angkatan organisasi
pembebasan bernama P.A.L.O ( Patani Liberation Organisation ).
Hidup beliau penuh dengan perjuangan, apatah lagi selepas menjadi murid
Abah beliau makin gigih berjuang sehingga dalam senyapnya dan dalam masa
singkat, banyak tempat-tempat zikir dan khataman telah berjaya di buka
di Semenanjung Malaysia. Ini satu jasa beliau yang tidak dapat kita
ingkari.
Pernah satu ketika Almukaram Ustaz Hj Ali dan beberapa ikhwan Singapur
menziarahi Abah di Suryalaya, pada masa itu Ustaz Osman masih di Patani.
Sebelum Ust Hj Ali pulang, Abah berpesan kepada Ustaz Ali agar dapat
berikan sepucuk surat yang di titipkan kepada Ustaz Osman seberapa
segera. Sebaik sahaja Ustaz Ali mendapat pesanan begitu dari Abah,
ketika pulang ke Singapur, beliau langsung ke Patani dengan tujuan untuk
berjumpa dengan Ustaz Osman dan menyerahkan surat dari Abah kepadanya.
Selepas beberapa waktu mencari dan menunggu ( kerana Ustaz Osman
bergerak-gerak dari satu tempat ke satu tempat kerana berdakwah )
akhirnya Ustaz Ali berjaya bertemu dengan Ustaz Osman dan menyerahkan
surat tersebut. Deangan penuh amanah, Ustaz Osman buka surat tersebut
segera di hadapan Ustaz Ali dan beliau mula berbincang dengan Ustaz Ali
mengenai isi kandungi surat yang sangat ringkas itu yang berbunyi lebih
kurang 'Hendaklah segera keluar dari Ruang Thai'.
Ustaz Osman pada mulanya merasa berat dengan arahan tersebut memandang
keluarganya semua masih berada di Patani, tetapi selepas meminta
pandangan dari Almukaram Ustaz Hj Ali, beliau terus keluar dari Patani
segera dan masuk ke Malaysia.
Almukaram Ustaz Hj Ali bersama para ikhwan yang mengikuti urusan ini,
pulang ke Singapura selepas amanah Abah di tunaikan. Selang beberapa
hari, kami semua di kejutkan oleh satu berita, khususnya Ustaz Osman
sendiri yang paling terkejut dengan berita ini. Bahawa askar Thai telah
menyerang habis-habisan semua anggota para pejuang P.A.LO di tembak mati
dan satu orang pun tidak tertinggal, tapi semuanya di dalam ruang Thai,
Ustaz Osman kerana menunaikan arahan Abah selepas minta pandangan dari
Ustaz Hj Ali, beliau terselamat , malah keluarganya yang berada di
Patani juga terselamat.
Seluruh penghidupan Almarhum Ustaz Osman ini, jelas ianya adalah gambaran penghidupan Saiyiduna Osman yang kurang bercakap, penyabar tapi kerja amalnya berjalan terus lancar dan berkesan. Ini adalah juga karomah Abah, bagaimana beliau asuh Almarhum Ustaz Osman seperti Saiyiduna Osman. Semoga Allah merahmati Almarhum Ustaz Osman Md Lutfi dan menjayakan dakwahnya hari ini.
Semuanya berlaku dengan inayah Allah swt yang bukan sahaja melindungi para kekasihnya , malah para kekasih dari kekasihnya juga dilindungi. Masya Allah, Semoga kita semua selamat dan menjadi murid Abah yang setia.
Seluruh penghidupan Almarhum Ustaz Osman ini, jelas ianya adalah gambaran penghidupan Saiyiduna Osman yang kurang bercakap, penyabar tapi kerja amalnya berjalan terus lancar dan berkesan. Ini adalah juga karomah Abah, bagaimana beliau asuh Almarhum Ustaz Osman seperti Saiyiduna Osman. Semoga Allah merahmati Almarhum Ustaz Osman Md Lutfi dan menjayakan dakwahnya hari ini.
Semuanya berlaku dengan inayah Allah swt yang bukan sahaja melindungi para kekasihnya , malah para kekasih dari kekasihnya juga dilindungi. Masya Allah, Semoga kita semua selamat dan menjadi murid Abah yang setia.
rujukan :
http://www.ghousekhan.blogspot.com/
loading...
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon